Rabu, 26 Oktober 2011

TAHUKAH ANDA

INFO KESIHATAN

Bayangkan Jika Seseorang Yang Tidak Pernah Membuang Toksin Sejak Lahir Hingga Umurnya Mencecah 40 Tahun, Bermakna Macam-Macam Sisa Racun Terkumpul Dalam Tubuh Badannya .

BAGAIMANA TOKSIN TERJADI

Toksin dalam tubuh badan terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian. Kesihatan manusia menjadi lebih teruk apabila pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti kanser, migrain dan sebagainya.

TAHUKAH ANDA

Kini tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan. Bayangankan jika seseorang tidak pernah membuang toksin sejak lahir sehingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna bermacam-macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki. Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami sakit gout, kulit menjadi kusam dan sebagainya lagi.

Toksin terdapat di seluruh organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak di cerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok dan sebagainya. Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air kecil dan besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal. Selain itu toksin juga dapat dikeluarkan melalui peluh hasil dari aktiviti bersukan.Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan

PELEKAT KAKI PENYERAP TOKSIN

Selepas penyelidikan intensif selama 28 tahun, pakar-pakar perubatan Jepun telah membuktikan bahawa getah daripada pokok oak dan birch mempunyai kesan-kesan ditoksifikasi yang istimewa. Getah ini diekstrak dan diproses pada suhu tinggi bersama-sama bahan-bahan semulajadi lain, dihancurkan menjadi serbuk dan dibungkus dalam uncang pelekat detoksifikasi untuk membaik pulih kesihatan pada abad ini.

Mengikut teori perubatan China, terdapat lebih daripada 360 titik akupuntur pada tubuh badan manusia. 62 daripada kesemua titik akupuntur manusia terletak pada tapak kaki (dikenali sebagai jantung kedua manusia), dimana ia juga merupakan titik tumpuan bagi pelbagai jenis toksin. Peredaran air di dalam tubuh badan manusia adalah secara serata ke semua tubuh badan bermula dari kepala hingga ke hujung kaki semasa tidur. Air yang sejuk dan sisa perkumuhan (toksin) akan berkumpul pada tapak kaki manusia semasa dalam keadaan berdiri. Tampalkan pelekat penyerap toksin sebelum tidur dan pelekat ini akan bertindak dalam jangka masa lapan jam ketika tidur melalui 62 titik akupuntur di tapak kaki. Pemakai akan dapat merasai kesan penyahtoksinan dan pelangsingan pada keesokan harinya.

Kesan-kesan hebat pelekat detoksifikasi pada tapak kaki telah diiktiraf oleh pakar-pakar perubatan Jepun. Kesan penggunaan yang berterusan selama 30 hari, menghasilkan warna pada pelekat pudar secara berperingkat dengan pengurangan kelembapan dan tanpa bau busuk. Ini membuktikan keberkesanan pelekat detoksifikasi telah menyerap toksin dan lemak yang terdapat di dalam tubuh badan manusia melalui liang-liang peluh pada tapak kaki. Di samping itu, pemakai juga akan dapat merasai kesan penyahtoksinan dan pelansingan dengan selamat.

 
KENAPA MELALUI TAPAK KAKI

Menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar melalui penampalan FOOT DETOX ini.
Khasiat dan manafaat yang boleh didapati apabila menggunakan produk unik yang istimewa ini adalah ianya diperbuat dari sejenis penyerap toksin yang sangat baik untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan  akibat:


- Gout (di sendi kaki)
- Sakit-sakit sendi di badan
- Sengal-sengal leher dan bahu
- Sakit pinggang
- Bengkak Urat, Kaki
- Rheumatik Arthritis
- Gingivitis (Sakit Gusi)
- Sakit bahagian tapak kaki
- Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
- Membantu mengurangkan kekerapan dialisis pesakit buah 
  pinggang     
- Senggugut
- Kencing tidak lancar

FOOT DETOX berfungsi mengeluarkan toksin daripada badan lantas mengaktifkan sel-sel badan, mempergiatkan metabolisma, memperimbangkan sistem keimunan, tidur lebih lena dan memberi tenaga kepada anda.
Sejarah perubatan refleksologi telah mendokumenkan bahawa bahagian tapak kaki manusia merupakan tempat pertemuan hampir 70 urat saraf yang bersambung dengan anggota dan organ badan manusia.Apabila umur manusia meningkat, fungsi bahagian pembuangan toksin seperti hati dan ginjal akan menurun.Sebahagian toksin yang tidak dapat dikeluarkan dari badan akan tinggal dan mendap di bahagian terbawah badan iaitu tapak kaki. Toksin (Racun) ini menyebabkan kesakitan kepada bahagian lain badan kerana persambungan saraf bahagian kaki ke bahagian lain badan. FOOT DETOX akan bertindak menyerap toksin dalam bendalir limfa ini dan akan menyihatkan kembali badan kita.


 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

S'Tna Collections © 2011 Designed by NC